PROJEK PENYELENGGARAAN SABK FASA 1

>> Friday, July 10, 2009

8 Julai - Satu majlis penyerahan Inden kerja kepada kontraktor yang berjaya telah di adakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) .Sebanyak 12 buah sekolah SABK negeri Kedah terlibat dalam projek fasa 1 ini. Mereka perlu siapkan kerja ini dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan tawaran ini.Pegawai dari BPI ,SPI dan PPD akan memantau projek ini dari masa ke semasa.Turut hadir dalam majlis tersebut Ustaz Fazial b Ahmad KPP Sektor Pendidikan Islam, ketua Unit PIPA Ustaz Nazri Hamid , Ustaz Azizan Ibrahim PPD KMY dan Ustaz Dzhir Salleh PPD Kota Setar serta semua Pengetua yang terlibat kecuali pengetua SMA Fauzi Yan dan SMA Annajah Baling .Dalam majlis tersebut diperingatkan kepada kontraktor supaya mematuhi peraturan apabila memasuki kawasan sekolah antara yang mesti dipatuhi:

1.Pekerja tidak dibenarkan tinggal dikawasan sekolah
2.Tidak merokok dikawsan sekolah
3.Menjaga kebersihan
4.Berada dilokasi projek

Sedang memberi taklimat


Khusyuk mendengar taklimat


Read more...

PEMANTAUAN AKSMKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

>> Saturday, July 4, 2009

Pemantauan Anugerah Kualiti SMKA (AKSMKA) peringkat Kebangsaan mula bergerak minggu lepas.Team kami ke Negeri Sabah diketuai oleh Encik Jusoh b Mamat (BPI) dan dibantu oleh En Awang Sulong (SPI Terangganu ) En Zuhaidi b Abd Wahab (SPI N.Sembilan) En Zulkifli b Ghozali (SPI Kedah) dan Pn Syafida Azrina bt Mohd Shafie (SPI WPKL) berlepas ke Kota Kinabalu pada 28 Jun dan berangkat pulang pada 3 julai 2009. Anugerah Kualiti SMKA (AKSMKA) ini sudah beberapa tahun berlangsung namun ada sekolah yang masih kurang faham apa yang patut mereka lakukan.Pada tahun ini Terangganu di beri tanggungjawab sebagai tuan rumah Anugerah tersebut selepas Negeri Kedah pada tahun 2008. Tujuan BPI menganjurkan program ini ialah untuk mewujudkan suasana persaingan yang sihat sesama sendiri agar setanding dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).Terima kasih kepada pegawai SPI Sabah En Rahman,En Muslih ,En Suffian,Pn Saedah yang membantu team kami dalam pemantauan tersebut.Encik Awang Sulong (SPI Terangganu) menghidupkan suasana dengan telatah lucu yang tidak dapat dilupakan.Bagi Pn Syafidah (SPI WPKL) diuji dengan tahap kesabaran...Alhamdulilillah kami berjaya menjalankan tugas dengan baik






Barisan Panel Penilai



Pn Syafidah sedang mengutip maklumat

Selepas pemantauan SMKA Ranau


Bergambar bersama PK HEM SMKA Ranau



Sesi temu bual dengan pelajar

Read more...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP