MEREHAT MINDA

>> Friday, January 1, 2010



25-30 Disember 2009 menghabiskan cuti tahunan di Thailand. Antara bandar yang sempat dilawati bandar diutara Thailand ,Cheang rai  yang mengambil masa hampir 12 jam perjalanan darat dari Kota Bangkok,sempadan Myanmar (Mea sai), Cheang mai serta Kota raya Bangkok.



suasana di pasar terapung



Bunga Sakura yang terdapat di Cheang Mai


Bunga tulip di pesta bunga di Cheang Mai


Bersama pemandu pelancong yang juga jurugambar
profesional ,bekas pelajar Sma darussadah






sempadan Myanmar





                Pegawai yang mengikuti rombongan
                   
                       

Read more...

PEGAWAI PIPA BERKURSUS

>> Sunday, September 13, 2009

8-11 September 2009 bertempat di Hotel De Palma Ampang semua pegawai PIPA SPI serta Ketua Unit dan Pegawai BPI yang menguruskan Pembangunan dan Aset telah menghadiri Kursus Asas Pengurusan Aset dan Penyelenggaraan Bangunan . Antara lain didedahkan bagaimana untuk menjaga keselamatan ditapak pembinaan, begitu juga apabila berlakunya kemalangan apa yang sepatutnya dilakukan.Banyak ilmu baru yang diperolehi daripada kursus ini. Antara penceramah yang menyumbangkan tenaga ialah Encik Hayi b Md Noh Jurulatih Utama dari Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) yang berpengalan luas dalam bidang ini. Begitu juga dengan Ir Zakiyudin Mat Jusoh dari Bahagian Pembangunan KPM berceramah berkaitan bagaimana untuk menghasilkan BQ yang baik .Harapan semua peserta agar kursus seperti ini diteruskan dimasa hadapan. Diakhir kursus ini peserta kursus dianugerahkan "Kad Hijau" dan "Topi putih" yang membolehkan peserta kursus memantau tapak projek di negeri masing masing dalam keadaan yakin kerana dilindungi insuran.




penuh minat mendengar ceramah


Saf kepimpinan dari BPI

ucapan penutup Timbalan Pengarah


Bakal kontraktor selepas bersara

Encik Hayi Md Noh JU CIDB

Read more...

MAJLIS ANUGERAH KUALITI DAN AKADEMIK SMKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

>> Friday, August 21, 2009

Kuala Terengganu -17 & 18 Ogos Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Anugerah Kualiti SMKA Peringkat Kebangsaan 2009 telah berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu dan SMKA Tok Jiring.Pada majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik tetamu utama YB Encik Ahmad Razif b Abd Rahman Exco Pelajaran,Pengajian Tinggi,Sains,Teknologi dan Sumber Manusia sudi hadir menyampaikan hadiah serta sijil penghargaan kepada sekolah yang berjaya.Keempat SMKA negeri Kedah berjaya naik ke pentas menerima trofi. Sementara pada Majlis Anugerah Kualiti dihadiri tetamu utama Dato' Abd Ghafar b Mahmud ,Ketua Nazir ,Jamaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM.SMKA Sheikh Haji Mohd Said , Negeri Sembilan mempertahankan Kejuaraan Anugerah Kualiti SMKA 2009, tempat kedua SMKA Sharifah Rodziah ,Melaka dan ketiga SMKA Baling , Kedah Darul Aman ..Tahniah Hj Yahya Lebai Mat Tn Hj Jalil b Ahmad menerima trofi (SMKA Yan)

Hj Alias bersama Hj Yahya
Tn Haji Yahya sedang menerima hadiah






Read more...

BILIK HOTEL DICEROBOH

>> Thursday, August 20, 2009

16 Ogos 2009-Dalam perjalanan ke Kuala Terangganu untuk menghadiri Majlis AKSMKA Peringkat Kebangsaan kami singgah bermalam di Hotel Ansar Garden Kota Bharu.Kami menempah 2 bilik (bilik 606 dan 605).Penghuni bilik 606 Hj Nazri Hamid dan Hj Abdullah Ahmad menyedari bilik mereka dicerobohi apabila Telefon bimbit yang diset alarm tidak berbunyi rupanya sudah dilarikan penceroboh.Barang lain yang turut lesap Lap top, pen drive , 2 set telefon bimbit dan RM.Saya terus memaklumkan kepada pihak pengurusan Hotel dan melaporkan ke IPD Kota Bharu.Pihak polis dengan cepat menghantar anggota yang diketuai oleh Sarjan Roslee b Halidon ,L/Koperal Wan Rosli b W.Abd Razak dan Konst Anderian Shah ke lokasi untuk mengambil maklumat.Apa pun pihak polis masih lagi menyiasat kes ini.



pihak polis mengesan cap jari








Read more...

PROJEK PENYELENGGARAAN SABK FASA 1

>> Friday, July 10, 2009

8 Julai - Satu majlis penyerahan Inden kerja kepada kontraktor yang berjaya telah di adakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) .Sebanyak 12 buah sekolah SABK negeri Kedah terlibat dalam projek fasa 1 ini. Mereka perlu siapkan kerja ini dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan tawaran ini.Pegawai dari BPI ,SPI dan PPD akan memantau projek ini dari masa ke semasa.Turut hadir dalam majlis tersebut Ustaz Fazial b Ahmad KPP Sektor Pendidikan Islam, ketua Unit PIPA Ustaz Nazri Hamid , Ustaz Azizan Ibrahim PPD KMY dan Ustaz Dzhir Salleh PPD Kota Setar serta semua Pengetua yang terlibat kecuali pengetua SMA Fauzi Yan dan SMA Annajah Baling .Dalam majlis tersebut diperingatkan kepada kontraktor supaya mematuhi peraturan apabila memasuki kawasan sekolah antara yang mesti dipatuhi:

1.Pekerja tidak dibenarkan tinggal dikawasan sekolah
2.Tidak merokok dikawsan sekolah
3.Menjaga kebersihan
4.Berada dilokasi projek

Sedang memberi taklimat


Khusyuk mendengar taklimat


Read more...

PEMANTAUAN AKSMKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

>> Saturday, July 4, 2009

Pemantauan Anugerah Kualiti SMKA (AKSMKA) peringkat Kebangsaan mula bergerak minggu lepas.Team kami ke Negeri Sabah diketuai oleh Encik Jusoh b Mamat (BPI) dan dibantu oleh En Awang Sulong (SPI Terangganu ) En Zuhaidi b Abd Wahab (SPI N.Sembilan) En Zulkifli b Ghozali (SPI Kedah) dan Pn Syafida Azrina bt Mohd Shafie (SPI WPKL) berlepas ke Kota Kinabalu pada 28 Jun dan berangkat pulang pada 3 julai 2009. Anugerah Kualiti SMKA (AKSMKA) ini sudah beberapa tahun berlangsung namun ada sekolah yang masih kurang faham apa yang patut mereka lakukan.Pada tahun ini Terangganu di beri tanggungjawab sebagai tuan rumah Anugerah tersebut selepas Negeri Kedah pada tahun 2008. Tujuan BPI menganjurkan program ini ialah untuk mewujudkan suasana persaingan yang sihat sesama sendiri agar setanding dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).Terima kasih kepada pegawai SPI Sabah En Rahman,En Muslih ,En Suffian,Pn Saedah yang membantu team kami dalam pemantauan tersebut.Encik Awang Sulong (SPI Terangganu) menghidupkan suasana dengan telatah lucu yang tidak dapat dilupakan.Bagi Pn Syafidah (SPI WPKL) diuji dengan tahap kesabaran...Alhamdulilillah kami berjaya menjalankan tugas dengan baik






Barisan Panel Penilai



Pn Syafidah sedang mengutip maklumat

Selepas pemantauan SMKA Ranau


Bergambar bersama PK HEM SMKA Ranau



Sesi temu bual dengan pelajar

Read more...

MESYUARAT PANEL PENILAI ANUGERAH KUALITI SMKA (AKSMKA)2009

>> Friday, June 12, 2009


Genting Highland- Mesyuarat ini telah berlangsung pada 10 jun- 12 Jun di Genting View Resort.Pemilihan tempat ini amat tepat sekali kerana keadaannya yang aman dan tenang.Terangganu akan menjadi tuan rumah Anugerah Kualiti 2009 pada bulan Ogos nanti .Penilai- penilai akan bergerak keseluruh SMKA mulai akhir bulan ini.Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Tuan Haji Abrar b Idris Ketua Sektor Kemajuan Sekolah Agama dan En Fauzi b Zahari Ketua Sektor Penyelarasan Pembangunan Sekolah Agama serta pegawai pegawai BPI.

Read more...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP