MAJLIS ANUGERAH KUALITI DAN AKADEMIK SMKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

>> Friday, August 21, 2009

Kuala Terengganu -17 & 18 Ogos Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Anugerah Kualiti SMKA Peringkat Kebangsaan 2009 telah berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu dan SMKA Tok Jiring.Pada majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik tetamu utama YB Encik Ahmad Razif b Abd Rahman Exco Pelajaran,Pengajian Tinggi,Sains,Teknologi dan Sumber Manusia sudi hadir menyampaikan hadiah serta sijil penghargaan kepada sekolah yang berjaya.Keempat SMKA negeri Kedah berjaya naik ke pentas menerima trofi. Sementara pada Majlis Anugerah Kualiti dihadiri tetamu utama Dato' Abd Ghafar b Mahmud ,Ketua Nazir ,Jamaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM.SMKA Sheikh Haji Mohd Said , Negeri Sembilan mempertahankan Kejuaraan Anugerah Kualiti SMKA 2009, tempat kedua SMKA Sharifah Rodziah ,Melaka dan ketiga SMKA Baling , Kedah Darul Aman ..Tahniah Hj Yahya Lebai Mat Tn Hj Jalil b Ahmad menerima trofi (SMKA Yan)

Hj Alias bersama Hj Yahya
Tn Haji Yahya sedang menerima hadiah






Read more...

BILIK HOTEL DICEROBOH

>> Thursday, August 20, 2009

16 Ogos 2009-Dalam perjalanan ke Kuala Terangganu untuk menghadiri Majlis AKSMKA Peringkat Kebangsaan kami singgah bermalam di Hotel Ansar Garden Kota Bharu.Kami menempah 2 bilik (bilik 606 dan 605).Penghuni bilik 606 Hj Nazri Hamid dan Hj Abdullah Ahmad menyedari bilik mereka dicerobohi apabila Telefon bimbit yang diset alarm tidak berbunyi rupanya sudah dilarikan penceroboh.Barang lain yang turut lesap Lap top, pen drive , 2 set telefon bimbit dan RM.Saya terus memaklumkan kepada pihak pengurusan Hotel dan melaporkan ke IPD Kota Bharu.Pihak polis dengan cepat menghantar anggota yang diketuai oleh Sarjan Roslee b Halidon ,L/Koperal Wan Rosli b W.Abd Razak dan Konst Anderian Shah ke lokasi untuk mengambil maklumat.Apa pun pihak polis masih lagi menyiasat kes ini.



pihak polis mengesan cap jari








Read more...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP