PROJEK PENYELENGGARAAN SABK FASA 1

>> Friday, July 10, 2009

8 Julai - Satu majlis penyerahan Inden kerja kepada kontraktor yang berjaya telah di adakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) .Sebanyak 12 buah sekolah SABK negeri Kedah terlibat dalam projek fasa 1 ini. Mereka perlu siapkan kerja ini dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan tawaran ini.Pegawai dari BPI ,SPI dan PPD akan memantau projek ini dari masa ke semasa.Turut hadir dalam majlis tersebut Ustaz Fazial b Ahmad KPP Sektor Pendidikan Islam, ketua Unit PIPA Ustaz Nazri Hamid , Ustaz Azizan Ibrahim PPD KMY dan Ustaz Dzhir Salleh PPD Kota Setar serta semua Pengetua yang terlibat kecuali pengetua SMA Fauzi Yan dan SMA Annajah Baling .Dalam majlis tersebut diperingatkan kepada kontraktor supaya mematuhi peraturan apabila memasuki kawasan sekolah antara yang mesti dipatuhi:

1.Pekerja tidak dibenarkan tinggal dikawasan sekolah
2.Tidak merokok dikawsan sekolah
3.Menjaga kebersihan
4.Berada dilokasi projek

Sedang memberi taklimat


Khusyuk mendengar taklimat


Read more...

PEMANTAUAN AKSMKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

>> Saturday, July 4, 2009

Pemantauan Anugerah Kualiti SMKA (AKSMKA) peringkat Kebangsaan mula bergerak minggu lepas.Team kami ke Negeri Sabah diketuai oleh Encik Jusoh b Mamat (BPI) dan dibantu oleh En Awang Sulong (SPI Terangganu ) En Zuhaidi b Abd Wahab (SPI N.Sembilan) En Zulkifli b Ghozali (SPI Kedah) dan Pn Syafida Azrina bt Mohd Shafie (SPI WPKL) berlepas ke Kota Kinabalu pada 28 Jun dan berangkat pulang pada 3 julai 2009. Anugerah Kualiti SMKA (AKSMKA) ini sudah beberapa tahun berlangsung namun ada sekolah yang masih kurang faham apa yang patut mereka lakukan.Pada tahun ini Terangganu di beri tanggungjawab sebagai tuan rumah Anugerah tersebut selepas Negeri Kedah pada tahun 2008. Tujuan BPI menganjurkan program ini ialah untuk mewujudkan suasana persaingan yang sihat sesama sendiri agar setanding dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).Terima kasih kepada pegawai SPI Sabah En Rahman,En Muslih ,En Suffian,Pn Saedah yang membantu team kami dalam pemantauan tersebut.Encik Awang Sulong (SPI Terangganu) menghidupkan suasana dengan telatah lucu yang tidak dapat dilupakan.Bagi Pn Syafidah (SPI WPKL) diuji dengan tahap kesabaran...Alhamdulilillah kami berjaya menjalankan tugas dengan baik






Barisan Panel Penilai



Pn Syafidah sedang mengutip maklumat

Selepas pemantauan SMKA Ranau


Bergambar bersama PK HEM SMKA Ranau



Sesi temu bual dengan pelajar

Read more...

MESYUARAT PANEL PENILAI ANUGERAH KUALITI SMKA (AKSMKA)2009

>> Friday, June 12, 2009


Genting Highland- Mesyuarat ini telah berlangsung pada 10 jun- 12 Jun di Genting View Resort.Pemilihan tempat ini amat tepat sekali kerana keadaannya yang aman dan tenang.Terangganu akan menjadi tuan rumah Anugerah Kualiti 2009 pada bulan Ogos nanti .Penilai- penilai akan bergerak keseluruh SMKA mulai akhir bulan ini.Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Tuan Haji Abrar b Idris Ketua Sektor Kemajuan Sekolah Agama dan En Fauzi b Zahari Ketua Sektor Penyelarasan Pembangunan Sekolah Agama serta pegawai pegawai BPI.

Read more...

WACANA PROFESIONAL PROFISION PENDIDIKAN KPM

>> Monday, June 8, 2009


Langkawi - Satu wacana Kesatuan Guru-guru seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah diadakan pada 7-9 jun di Langkawi,sebanyak 26 Kesatuan telah menghadiri dan membincangkan serta membahaskan isu-isu semasa , permasahan dan kebajikan guru .Antara yang masih hangat dibincangkan PPSMI,Beban tugas guru,isu PTD.KKGUMB membahaskan subjek teras dan mempertahan Pendidikan Islam sebagai subjek teras dan juga subjek minimum 12.Turut hadir dalam majlis tersebut YB Dr Mohd Puad Zarkasyi, Timbalan Menteri Pelajaran.YB mengambil perhatian semua permasaalahan yang dikemukakan.Kesemua Kesatuan guru berpuas hati dapat mengemukakan pandangan dan pendapat Kesatuan masing masing.

Read more...

PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

>> Wednesday, August 13, 2008

FAIL 1 (MESYUARAT PANITIA DALAMAN)
- Surat panggilan mesyuarat
- Minit mesyuarat
FAIL 2 (SURAT PANGGILAN MESYUARAT)
-KPM/JPN/PPD/PKG
-surat panggilan kursus
-Surat panggilan ko akademik
FAIL 3 (MAKLUMAT GURU PANITIA)
-Butir peribadi GPI
-Jadual peribadi dan kelas
-salinan sijil
-Rekod memeriksa kertas peperiksaan awam
-Sijil kejurulatihan/Kursus
-Subjek yang pernah diajar
-tugas khas di sekolah /PKG/PPD/JPN
-Jurulatih Utama /fasilitator
FAIL 4 (DOKUMEN PANITIA)
-Rancangan prestasi murid
-Catra Gantt
-BBM
-Rekod penggunaan BBM
-Senarai buku rujukan guru
-Perkembangan staff
-Program khas peningkatan pencapaian Pendidikan Islam
-Sukatan pelajaran
-huraian sukatan
-Senarai buku teks
FAIL 5 (KOLEKSI SOALAN/BANK SOALAN)
-Kertas soalan peperiksaan sekolah
-Kertas soalan peperiksaan awam
FAIL 6 (POST MORTEM PEPERIKSAAN /UJIAN)
-Analisa peperiksaan
-Jadual kekerapan soalan
-Kekuatan dan kelemahan murid dan tindakan yang perlu diambil

Read more...

TAKLIMAT PEMANTAPAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM KBSM DAERAH KUALA MUDA/YAN

>> Thursday, July 31, 2008

Jurulatih Kurikulum KBSM berjaya menyampaikan mesej dengan berkesan. Tahniah kepada anda semua antara Ju yang terlibat Encik Nazri b Ishak dari SMK Darulaman , Pn Fauziah bt Hussain dari SMK Simpang Kuala,Encik Halid Abdullah dari SMK Ibrahim ,Tuan Haji saifudin b Talib dari SMK Che Tom serta Tuan Haji Ishak b Zulkifli dari SMK Pulau Nyior.

Read more...

TAKLIMAT PEMANTAPAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM KBSM 2008

>> Friday, July 25, 2008

Taklimat Pemantapan Kurikulum Pendidikan Islam KBSM 2008 seperti dibawah.
1. Kuala Muda / Yan 28 dan 29 Julai tempat di Masjid Al Muttaqin Taman Ria SP
2.Langkawi 04 dan 05 Ogos tempat di PKG Kuah
3.Kubang Pasu 06 dan 07 Ogos tempat di PKG Hosba
4.Kota Setar 13 dan 14 Ogos tempat di SMK Darulaman
5.Kulim/B.Baharu 12 dan 13 Ogos tempat di PKG Sg Ular
6.Baling/Sik 13 dan 14 Ogos tempat di PKG Sik
7.Pdg Terap /Pendang 24 dan 25 Ogos tempat di SMK Kuala Nerang

Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelia Pendidikan Islam daerah masing -masing.

Read more...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP