PEMANTAUAN AKSMKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
>> Saturday, July 4, 2009
Pemantauan Anugerah Kualiti SMKA (AKSMKA) peringkat Kebangsaan mula bergerak minggu lepas.Team kami ke Negeri Sabah diketuai oleh Encik Jusoh b Mamat (BPI) dan dibantu oleh En Awang Sulong (SPI Terangganu ) En Zuhaidi b Abd Wahab (SPI N.Sembilan) En Zulkifli b Ghozali (SPI Kedah) dan Pn Syafida Azrina bt Mohd Shafie (SPI WPKL) berlepas ke Kota Kinabalu pada 28 Jun dan berangkat pulang pada 3 julai 2009. Anugerah Kualiti SMKA (AKSMKA) ini sudah beberapa tahun berlangsung namun ada sekolah yang masih kurang faham apa yang patut mereka lakukan.Pada tahun ini Terangganu di beri tanggungjawab sebagai tuan rumah Anugerah tersebut selepas Negeri Kedah pada tahun 2008. Tujuan BPI menganjurkan program ini ialah untuk mewujudkan suasana persaingan yang sihat sesama sendiri agar setanding dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).Terima kasih kepada pegawai SPI Sabah En Rahman,En Muslih ,En Suffian,Pn Saedah yang membantu team kami dalam pemantauan tersebut.Encik Awang Sulong (SPI Terangganu) menghidupkan suasana dengan telatah lucu yang tidak dapat dilupakan.Bagi Pn Syafidah (SPI WPKL) diuji dengan tahap kesabaran...Alhamdulilillah kami berjaya menjalankan tugas dengan baik
Barisan Panel Penilai
Pn Syafidah sedang mengutip maklumat
0 comments:
Post a Comment